Posts

Showing posts from 2016

Jaulah : Sabah (Part 2)

Image
Assalamualaikum dan hai semuanyaa. Harini kita nak sambung part seterusnya jaulah ke Sabah ni. Haa. Hari ketiga dan keempat ni kita bergerak ke Ranau! KK ke Ranau ni mengambil masa lebih kurang 2 jam macamtu lah. Hari ketiga : Hari ketiga plan nak gi Ranau, so before tu kitorang singgah jap ke Pekan Tamparuli dan Rumah Terbalik Borneo di Tuaran. Di Pekan Tamparuli kan, awak boleh dapat pelbagai makanan dengan harga yang murah, kuantiti banyak dan yang paling penting sodapp. Tak sempat naik Jambatan Tamparuli kat sana ambik gambo ja pun jadilah.(cc ieqa_makrof) Jambatan Tamparuli These cucur pisang for RM3 only bro! 8 biji/ RM1 Yang ni RM2 ja. Kulit popiah berintikan sayur mayur. Marvellous!  *Rumah Terbalik Borneo* Seperti yang kita sedia tahu kat tempat ni semua benda terbalik kan. Rumah terbalik, tandas terbalik, taman terbalik. Leher ni pon dah lenguh asyik tengok atas ja. Nak masuk ni kena bayar RM10 seorang bagi yg dewasa lah. Dalam rumah ni takleh

Jaulah : Sabah (Part 1)

Image
Assalamualaikum dan haii. Haa dah nak penghujung cuti ni baru ada semangat sket nak update blog ni. Kali ni kita nak update tentang jaulah a.k.a travel ke Sabah. Jaulah kali ni kita pakai jalan darat memandangkan Miri ni agak dekat dengan Sabah, jimat duit nak beli tiket dan yang paling penting senang nak travel sana sini guna kereta sendiri. Pertama sekali, sesiapa yang berada area Miri tu boleh buat passport sementara ke Brunei sebab kita kiranya nak lintas sempadan Brunei sekejap. Passport sementara Brunei tu berharga RM50 dan valid sampai 5 tahun. Kalau yang drive guna darat, kena buat pemeriksaan kereta before lalu sempadan tu sebab dia ada spesifikasi sendiri baru boleh pass border. So, take note! Hari pertama: Kami start bertolak dari Miri ke sempadan Brunei tu dalam jam 11 lebih macam tu dan sampai ke Sabah dalam jam 5 petang. Kena lalu beberapa sempadan and ada bayar tol lah. Tak mahal. For sure, ada border Brunei yang kena bayar RM10. Sempadan 1: Brunei Sempadan 2:

Salam Media Sosial

Salam media sosial. Meh harini nak cakap sket tentang media sosial ne. Tp saya bukan yg pro bab media sosial ni. Ni cuma pandangan saya selaku salah seorang pengguna media sosial dan jugak ahli keluarga generasi-Y. First of all, media sosial ne blh gak merapatkan dan menjarakkan hubungan.Masing2 pon tahu kan knapa. Kadang2 kalau yg xpuas hati bagai dgn seseorang ni ataupun seduaorang ne, please check media sosial yg si takpemuas hati tu.Confirm ada ja luahan perasaan dia kat situ.(tak semuaaa ye) Bukan sorang je yg kena tempias tu nanti beb, semua tau. And semua dah tau kisah kau dgn dia, korang gadoh pasal apa, cmne sikap si x ni walaupun diorang tak kenal luar dalam si x ni. Bukannya sorang yg baca post tu, satu dunia baca tau! Hmm. Cuba ko imagine kalau ko mmg rapat dgn dia, mmg 'bff' lah and yet dia post macam2 pasal kau, tak pasal kau pon pasal kawan kau. Camne bila nanti ko nak mintak tolong kalau kau perlukan bantuan yg teramat-amat dari org yg kau kutuk di media sosia

Sombong

Kosong . Kekadang aku rasa kosong, blur tak tau nak buat apa. Nak buat ini, tak kena. Nak buat itu, tak kena. Dah buat something, rasa takda makna. Serba serbi tak betul. Aku hairan. Kenapa bila dh ada masa free, semua benda yg dibuat terasa kosong. Tengok movie, boring. baca buku, mengantuk. Makan pun sekali sehari. Semua benda tak kena. Aku dh dpt sense mesti ada something yg aku terlepas pandang. Tapi aku tak tahu apa benda tu. Aku ni jenis yg suka jugaklah baca buku*bukan buku ilmu bagai.* And satu malam ni, bila roomate aku balik rumah, tinggallah aku sorang-sorang kat bilik. Masa tu dah habis assignment, kuiz dan big event pelajar. Untuk mengisi masa lapang aku tu, aku bacalah satu buku motivasi Islamik ni. Aku bacalah nukilan2 dia, aku pun tersentuh dan tersentap. Ada satu ayat ni, dia lebih kurang mcm ni lah bunyi dia, Bila kita dlm keadaan susah, darurat, serabut, masa tu kita mintak tlg Allah ringankan beban, dugaan yg kita alami. Berdoa dgn Allah, hati ni tak henti2 fi

Kampung

Image
           “Adik tak nak bersekolah di sini, papa. Kampung ni tak seronok langsung!”gertak Hafiz yang merupakan pelajar tingkatan 2 yang baru sahaja berpindah ke Sekolah Menengah Kulai Selamat. Sekolah tersebut terletak di dalam sebuah kampung yang agak terpencil di negeri Sarawak dan mengambil masa kira-kira 12 jam dari bandar Sibu. Ayah Hafiz, Encik Ismail, hanya mampu tersenyum kerang kerana salahnya juga kerana tidak memberitahu satu-satunya anak terunanya itu awal-awal bahawa mereka akan berpindah kesitu.      ”Dekat sini dahlah tiada wireless, line broadband pun lambat macam siput, tak dapat keluar dengan kawan-kawan lagi! Dekat sini, semua kawan-kawan Hafiz miskin. Semua anak petani dan anak buruh!” rungut Hafiz lagi. Tak semena-mena terasa pipinya sakit seperti disambar oleh kilat. Ayahnya sudah hilang sabar apabila dia merendah-rendahkan mengenai status anak-anak kampung itu.       ”Mengapa ayah tampar abang? Abang ni sama taraf dengan budak-budak kampung tu j

CNY Holiday

Image
#kisah nak cuti Tahun Baru Cina awal tahun dulu# CNY Holiday! Yeay. Nak balik. Nak balik. Sabak sat. Aku dah beli tiket nak balik ke belom? Errmm. Rupa-rupanya aku belom book lagi bila geng budak class lain cakap tiket banyak dah habis. Cuti CNY  kan, confirm semua orang nak balik kampung. Apa lagi, aku dengan sorang member ni straight pergi ke terminal bas nak beli tiket. Terminal bas? *Bukan ko selalu pakai ‘belon’ ke?* Haish. Tiket nak balik CNY ni mahal gilos. RM200+! Separuh daripada elaun setiap bulan aku tu. Tambah-tambah lagi zaman poket kering ni, makan Maggi jo jawabnye. Tulah pakai bas nak balik kampung. Alhamdulillah dah pi terminal bas beli tiket balik kampung 60 hengget tambah lagi tambang van pergi sana 15 hengget. Menanges aku. Dahlah hari sebelumnya aku terpaksa menebal muka dok mintak dengan ayah RM100 sebab nak beli tiket balik. Takut gilo nak mintak duit dengan mak ayah, bukannya diorang susah nak kasi tapi aku tak biasa nak minta dengan diorang. Satu h

Aku Budak Sekolah Rendah (Part 2)

Image
Sesudah itu, aku masuk ke alam darjah satu. Semestinya pakaian masa ni lebih formal. Aku berkenalan dengan kawan-kawanku yang lain sama seperti waktu aku di prasekolah dulu. Aku belajar seperti biasa malahan semakin aktif! Aku semakin minat dan jatuh cinta pada ilmu! *ayat je exaggerating lebih* Darjah satu, darjah dua, darjah tiga. Aku masih ingat seorang guru aku ini.Garang! Kami mesti hafal sifir yang diberi! Mesti ko heran and rasa ‘hafal sifir je pun’ . Tapi, sifir tu lah musuh utama masa sekolah rendah, nak hafal kira bagai, menyusahkan! *tapi benda tu lah yang buat aku ambik course Matematik sekarang ni.Terima kasih cikgu!* Hari ini bagi sifir 2 contohnya, pagi esok ada kuiz tanya pasal sifir dua tu! Ada satu buku itu memang khasnya untuk menghafal sifir itu. Aku tidak ingat lagi apa namanya. Sesiapa yang tak hafal, faham-faham jelah. Rotan kayu tebal lah jawabnye. Pap! Tapi, Alhamdulillah, masa tu aku minat Matematik. Kuranglah juga kena hukuman rotan tu. Kadang-kadang den

Aku Budak Sekolah Rendah (Part 1)

Image
Baiklah, aku ceritakan perjalanan hidup aku setakat ini, setakat aku masih bernafas tika ini. Aku lahir pada 6 Jun 1997 di Hospital Daerah Saratok.Namaku , Atikah ,  diberi sempena nama pembaca berita yang mak aku tengok masa hendak melahirkan aku tu. Lepas tu,dah 5 tahun, aku masuk tadika yang tak berapa ‘kemas’. Tadikaku itu hanya selang 2 buah rumah dari rumah nenekku.Aku selalu membuat alasan sakit perut, pening kepala dan macam-macam lagi untuk tidak bersekolah, lepas tu pergi ke rumah nenek. Nenek telefon ayah, pastu balik rumah. Kecik-kecik dah pandai menipu! Kalau pergi tadika pun, mak kena teman, aku mesti minum susu dalam botolku sambil baring di riba ibuku. Persis seorang puteri! Akhirnya, ayah dan ibuku mulai bosan aku bersikap sebegitu jadi aku tidak belajar di tadika itu lagi.Hanya 5 bulan rasanya. Selepas itu, aku belajar di rumah sahaja melalui CD. Tiap pagi, aku kena duduk menghadap CD tersebut. Berkesan! Memang masuk dalam otak aku. Aku masih ingat lagi suasana dalam

Gardenia

Image
“Bang, anak you nak makan roti Gardenia lahhh” Sya mengusap-ngusap perutnya yang  memboyot itu. “Mana abang nak cari roti Gardenia kat Sarawak ni yang oi. Roti Uniquebun adala. Yang nak roti Uniquebun? Perisa apa?” Afiq meyakinkan isterinya itu. ‘Alahai, janganlah bini aku ni mengidam roti Gardenia pulak. Manalah aku nak cari ni’ debar hati Harith. “Sayang tak nak! Sayang nak roti Gardenia jugak! Nak flavour vanilla. Cepatla banggg. Takkan abang tak sayang bini abang ni kot”. ‘Dia dah mai dah main sayang tak sayang ni. Terpaksa jugakla aku cari ni’ “Jap sayang. Abang nak gi seven eleven jap. Nak tengok ada ke tak.” Afiq bergegas mengambil kunci kereta dan bergerak keluar dari rumah. Afiq membelokkan keretanya ke kanan setelah lampu trafik bertukar hijau. ’Aku nak check kt seven eleven jap ada ke tak.Harapla ada yang oi’. Dia pun memberhentikan keretanya di hadapan sebuah kedai makan 24 jam yang bersebelahan dengan kedai seven eleven itu.Buka sahaja pintu keretanya, bau nasi be

Cinta

Image
Manusia punya rasa untuk mencinta dan dicinta, Cinta kepada penciptaNya, Cinta kepada makhlukNya, Cinta kepada alamNya, Mungkin ada cinta yang yang luar biasa, Daripada cintanya yang tiga, Itu pilihan kita sebagai manusia, Tapi siapa kita untuk tidak cinta padaNya? Dia yang ciptakan kita, Dia yang hidupkan kita, Dia yang sayangkan kita,

Terminal Bas

Aku duduk keseorangan di dalam bas sementara menunggu bas untuk bergerak pergi ke perhentian seterusnya. Aku lihat pelbagai ragam manusia lalu-lalang membawa barang kepunyaan masing-masing.Ada pasangan suami isteri, sekeluarga dan ada juga yang bergerak solo. Aku mengalaskan perutku dengan bergedil dan karipap yang kubeli di IPG tadi. Kutoleh ke kiri lantas aku melihat seorang ibu dan anaknya yang ku anggarkan berusia 5 hingga ke 6 tahun.Anaknya menggalas sebuah beg yang kurasakan jikalau aku yang menggalasnya,mau tidak rapuh tulangku ini.Apakan lagi kanak-kanak sekecil itu.Kulihat ibunya membawa beg tangan sahaja sambil mengarah-arahkan anaknya itu.Siapa dia?Apa pangkat dia?Permaisuri? Memandangkan bas akan bergerak dalam masa lima belas minit lagi, aku pun turun dari bas dan menuju ke tandas.Dalam perjalanan aku ke dalam bas semula, aku lihat seorang pemandu bas yang agak marah, sebab apa pun aku tidak tahu.Pemandu bas itu masuk ke ruang pemandu sambil bermain dengan enjin b