Posts

Showing posts from March, 2016

Gardenia

Image
“Bang, anak you nak makan roti Gardenia lahhh” Sya mengusap-ngusap perutnya yang  memboyot itu. “Mana abang nak cari roti Gardenia kat Sarawak ni yang oi. Roti Uniquebun adala. Yang nak roti Uniquebun? Perisa apa?” Afiq meyakinkan isterinya itu. ‘Alahai, janganlah bini aku ni mengidam roti Gardenia pulak. Manalah aku nak cari ni’ debar hati Harith. “Sayang tak nak! Sayang nak roti Gardenia jugak! Nak flavour vanilla. Cepatla banggg. Takkan abang tak sayang bini abang ni kot”. ‘Dia dah mai dah main sayang tak sayang ni. Terpaksa jugakla aku cari ni’ “Jap sayang. Abang nak gi seven eleven jap. Nak tengok ada ke tak.” Afiq bergegas mengambil kunci kereta dan bergerak keluar dari rumah. Afiq membelokkan keretanya ke kanan setelah lampu trafik bertukar hijau. ’Aku nak check kt seven eleven jap ada ke tak.Harapla ada yang oi’. Dia pun memberhentikan keretanya di hadapan sebuah kedai makan 24 jam yang bersebelahan dengan kedai seven eleven itu.Buka sahaja pintu keretanya, bau nasi be