CNY Holiday

#kisah nak cuti Tahun Baru Cina awal tahun dulu#

CNY Holiday! Yeay. Nak balik. Nak balik. Sabak sat. Aku dah beli tiket nak balik ke belom? Errmm. Rupa-rupanya aku belom book lagi bila geng budak class lain cakap tiket banyak dah habis. Cuti CNY  kan, confirm semua orang nak balik kampung. Apa lagi, aku dengan sorang member ni straight pergi ke terminal bas nak beli tiket. Terminal bas? *Bukan ko selalu pakai ‘belon’ ke?* Haish. Tiket nak balik CNY ni mahal gilos. RM200+! Separuh daripada elaun setiap bulan aku tu. Tambah-tambah lagi zaman poket kering ni, makan Maggi jo jawabnye. Tulah pakai bas nak balik kampung.

Alhamdulillah dah pi terminal bas beli tiket balik kampung 60 hengget tambah lagi tambang van pergi sana 15 hengget. Menanges aku. Dahlah hari sebelumnya aku terpaksa menebal muka dok mintak dengan ayah RM100 sebab nak beli tiket balik. Takut gilo nak mintak duit dengan mak ayah, bukannya diorang susah nak kasi tapi aku tak biasa nak minta dengan diorang.

Satu hal dah settle. Masa minggu nak pulang dari bercuti pulak, member yang sama bas dengan aku pulang ke kampung tu tak tau lagi dia nak naik apa balik ke Miri nanti. Either ikot cousin dia or naik bas and kalo naik bas pun either hari Jumaat or Sabtu. Yang pastinya, belom confirm lagi. Tu yang aku bingung tu, sape nak balik dengan aku nanti. Pastu, bila aku check harga flight, huiiiisssshhh, mau tersembul biji mata aku ni. RM300+ beb! Penerbangan dalam negeri je lagitu! Aku apa lagi cepat-cepat habak kat parents aku pasai tiket macam burung kat langit tu. Mahal gilos. Aku cakapla kawan aku tu tak confirm lagi nak balik pakai apa, and mak bapak aku tak suroh aku sorang-sorang pakai bas.You know, orang zaman sekarang ni, bukannya leh caye sangat. Muka handsome, tapi hati takdak siapa yang tau *Aku tak refer kepada semua para lelaki di luar sana. Hanya yang terasa sahaja ye. Jangan bash saya* Aku bagitau la kalau camtu, aku takyah balik je la sebab tiket tu gile kau mahal. Hampir habis elaun aku tu. Aku cakapla nanti susahkan mak ayah pulak. Cuti midsem nanti kan ada. Gap sebulan je.

Pastu, mak aku cakap la ”duit boleh dicari, anak tak boleh dicari” and you know what, i cried on the spot! Mak aku ni. Huhu. Dia cakap balikla sebab adik bongsu aku tu pon dah kira hari bila kitorang nak cuti. And dia cakap jangan risau pasal duit tu janji aku balik dengan selamat. Bukan ape. Aku tau ayah aku kerja kuat nak sara kitorang and macam mana dia takdak duit smua tu. Yet mak aku cakap macamtu and aku rasa serba salah tak balik.

And you know what, untuk orang bukan Sarawakian confirm heran nape dalam Sarawak je pon tak dapat balik pulak. Hang tau dok dari Miri ke kampung aku tu 11 -12 jam baru sampai depan pintu rumah aku tu. Setengah hari kot aku duduk dalam bas tu. Dari hujung Sarawak tu ke tengah-tengah negeri Sarawak. Huish. Meh aku tunjok peta sket.



Kalo ko tengok tu, dari Miri yang dok dekat dengan Brunei Darussalam sampai lah ke area Saratok tu, jauh kannnn.*cari sendiri ye mana tempat yang aku gitau dalam gambar tu*  Dok klua jo dari bas, sakit tulang belakang aku ni. Macam-macam sakit timbul.

Next, ni nak meh cerita kemuncak dia pasal balik CNY holiday ni pulak. Tadi tu muqaddimah je ye. *harap maaf*

Masa balik tu hari Jumaat, ada perhimpunan pulak masa tu. Pastu, dak ustaz mintak tolong buat minuman untuk jemaah lelaki solat Jumaat haritu. Dahlah tiket bas aku tu jam 1 tengahari. Nak cari transportation lagi. Nasib baiklah ada sorang akak senior ni baik hati nak tolong hantar kitorang gi terminal bas. Balik ke bilik dah dalam jam 12 camtu. Tak sempat makan tengahari, barang belom habis packing, baju belum jemur. Berhuhulah aku tengahari tu. *tu lah, lain kali jangan buat kerja last minute lagi* Akak tu hantar dalam jam 12:40 camtu sebab dia pon baru balik dari praktikum kat sekolah. Nak gi terminal tu ambik masa 15 minit camtu. Belom tambah dengan masa kat traffic light and traffic jam bagai. Nasib baik sampai kat sana cun cun jam satu petang. Alhamdulillah. Dah aku naik bas tu, aku nak bagitau kat mak ayah aku lah yang aku dah selamat sampai kat terminal bas. Sekali aku cari-cari handphone aku, baru aku teringat, yang aku dah tertinggalkan handphone aku tu dalam kereta akak senior tu tadi. Maka, berhuhulah lagi aku. Dahlah bas tu nak bergerak kan, nak kol akak tu, member aku tu takdak nombor dia. Jatuh air mata aku masa tu. Pastu, mesej la kat roomate aku tanya nombor akak tu *aku guna phone member aku tu* Last last, dapat jugak call akak tu bagitau pasal phone tu, tapi malangnya bas tu dah gerak dah pon dan akak tu tak sempat nak hantar balik kat aku. Berhuhulah aku sepanjang perjalanan tu.

Dahlah aku dah set up earphone, transfer crita dalam phone tu lagi. Jadi, kerja aku sepanjang perjalanan tu tido je, tak pun melilau tengok pemandangan kat luar. 

Dah sampai kat terminal bas Bintulu, kitorang berhenti rehat kejap. Dalam masa setengah jam lagi, sambung balik perjalanan. Aku dengan member ni keluar lah dari bas kejap nak regangkan badan, pergi toilet, cari benda nak kunyah bagai. Bila dah kemas semua, nak masok bas. Alih-alih bas takde kat situ. Memang pusing-pusing satu terminal cari bas takde. Mengalir laju darah aku ni tengok bas takde. Takkan kena tinggal bas kot. Walhal, ada 20 minit lagi nak bergerak. Cari punya cari, tiba-tiba bas tu muncul dari mana ntah parking kat situ balik dan kami pun naik bas. Pastu, tunggu punya tunggu bas nak bergerak, dah lebih dari 30 minit, tak jugak bas tu bergerak. Ingat bas rosak ke apa. Hampir sejam camtu, baru gerak dari terminal tu.

Ok. Tu baru satu hal, and apa yang paling saya tak puas hati, benci, and janji taknak naik bas tu lagi ialah part kitorang stuck kat Bintulu for almost three hours! *bersabarlah tikah*

Ok alhamdulillah bas dah gerak kan, ingatkan dapat jugak aku sampai rumah pasni. Alih-alih tengok pergi ke satu kilang ni. Ingatkan memang jalan nak keluar dari Bintulu tu. Al maklumlah masih baru kan pakai bas, taktau route sangat. Tunggu punya tunggu, rupa-rupanya diorang ambik pekerja dari sebuah kilang kat sana. *taknak mention nama kilang tu, sila cari sendiri* Dengan barang memang seriously banyak. At first, aku fikir positive lah kan, mungkin bas ni memang sediakan perkhidmatan camni kot. *husnudzon* Sekali dakdak pekerja tu masuk ke dalam bas, aku heran dengar bahasa diorang. Telinga aku dah fluent jugak dengar bahasa Melayu, Inggeris, Cina, India, bahasa Melanau, Penan bagai. Pastu, dah aku imbas balik bahasa diorang, rupa-rupanya ni bahasa dari Pontianak, Indonesia! Maka, tau lah aku diorang ni asal mana dan hendak ke mana.

*Sejam setengah berlalu*

Aku fikir penantian aku tu dah berakhir.Lega sikit hati ni dah nak balik. Alih-alih bas ni melencong pulak ke sebuah lagi kilang and ambik pekerja kat sana pulak. Alamak ai! Yang ni lagi teruk sampaikan barang-barang diorang tinggi menggunung kat laluan nak keluar dari bas. Nak pindah ke apa kes ni. And ya, bahasa sama that means asal and ke mana tu sama jugak which is Pontianak, Indonesia. Yang sakit hatinya, pihak perkhidmatan bas ni dahlah tak inform awal-awal yang kitorang penumpang yang nak stop ke Sarikei/ Sibu ni kasi la duduk depan. Senang nak klua dari bas nanti. Kalau tak, memang merangkak lah jawabnya. Aku dengan member aku tu pun memang berdoa sesangat kalau apa-apa jadi nanti, cepat-cepat kitorang fikir macam mana jalan keluar if berlaku apa-apa. Kita tak mintak cuma based on situation yang kitorang alami, tak mustahil tak boleh berlaku apa-apa. Melebihi muatan!

Dah tu, bas tiba-tiba mati enjin pulak! Dengan barang-barang kat laluan keluar tinggi menggunung, penumpang padat dalam bas tu, memang sardin habis lah dalam tu. Bayangkan lampu takdak, aircond takdak. Basah lencun baju wei. Aku pun marah-marah dalam hati and berjanji taknak pakai bas tu lagi lepasni! *unless la bas lain dah habis tiket* Hampir setengah jam blackout tu kan, baru enjin bas tu hidup balik and bergerak. Cepat-cepatla sampai ke rumah oi.

Tengah-tengah trip tu, tetiba pulak stop sekejap and diorang suruh tukar tempat duduk. Sesapa penumpang yang akan keluar dari bas tu kat terminal bas Sarikei or Sibu, diorang suroh tukar tempat duduk dengan penumpang yang kat depan. *masa ni baru kau nak tukar tempat duduk. Hampeh* Merangkak punya rangkak, barang kat laluan keluar tu tinggi menggunung kan, pastu aku dengan member aku dipisahkan. Aku duduk dengan lelaki wei! Mulanya aku memang tak perasan. Sebab serabut bagai kan, dah bas tu nak berjalan balik, baru aku perasan yang sebelah aku tu lelaki. Tak berderau darah aku dalam situasi macam tu.

Dahlah macam-macam yang aku baca kisah dalam bas, tambah-tambah lagi memang penghadang beg yang tinggi kat tengah-tengah bas tu. Takdak siapa yang dapat tengok apa yang berlaku sebelah menyebelah, depan belakang. Aku memang berdoa and berharap giler dalam hati agar mamat yang duduk sebelah aku ni baik-baik and tak apa-apakan aku. Bukannya aku mintak, cuma paranoid dengar kisah orang lain kan. Tambah-tambah lagi mamat tu bukan orang Malaysia or Sarawak. *bukannya taknak percaya non-malaysian, cuma entah sama je malaysian and non-malaysian kalau niat nak buat jahat or buruk kan* Dahlah aku kesian parents aku tunggu kat terminal bas Sarikei. Baru lepas ambik adik and kakak aku dari Kuching, straight pergi terminal tu nak ambik aku. Jangkamasa sampai dalam jam 10 malam, ni sampai kat terminal bas Sarikei dalam jam 1 pagi! Mana tak kesiannya tengok parents tunggu berjam-jam kat situ, tengah malam lagitu. Kalau siang, boleh jugak lepak-lepak kat mall sementara tunggu aku, ni malam-malam buta, mana mall nak bukak, kedai 1 Malaysia pon dah tutup. 

Sepanjang bas tu bergerak ke terminal bas Sarikei, ada jugakla aku terlelap, takut memang takut beb duduk sebelah lelaki kan, tapi mata ni alahai nak tercabut keluar dah. 

Akhirnya, sampai jugak aku ke terminal bas Sarikei. Alhamdulillah. Syukur aku akhirnya sampai jugak ke tanah. Ni satu lagi hal, bab nak cari luggage aku ni. Tengok punya tengok tak jugak jumpa luggage aku, suluh punya suluh tak jugak jumpa. Luggage member aku dah jumpa dah. Mana nak nampaknya luggage aku tu kalau barang dah full habis kat bawah tu. Lagi satu, kenapalah tak asingkan awal-awal beg penumpang ke Sibu/ Sarikei kat tempat lain? Ni nak jugak campur dengan barang diorang. Kan menyusahkan diri-sendiri cari beg aku. Lepastu,  “travel guide” tu tanyalah kenapa, dah jumpa ke beg aku tu.  Aku cakaplah tak dan dia pon tolong cari. Habis beg, barang bagai dikeluarkan satu-persatu dari bawah tu and atlas jumpa jugak luggage aku tu kat tengah-tengah simpanan beg tu. Pastu, bapak aku tarik aku terus ke kereta. Biarkanlah orang tu sendiri yang susun balik barang-barang tu. Siapa suruh kan tak asing awal-awal? Salah sendiri.

Aku jumpalah dengan mak ayah, adik beradik aku. Syukur giler dapat tengok muka diorang. Selamat jugak aku jumpa diorang. Masa dalam kereta on the way nak balik rumah, semua muka letih. Kesian aku tengok ayah aku drive balik tengah-tengah malam buta dalam jam 1 pagi tu ke rumah. Dahlah rumah aku bukannya dekat dengan Sarikei tu. Nak tak nak tambah sejam lebih lagi nak sampai rumah. Sampai-sampai kat rumah dalam jam 2:30 pagi camtu. Nak kemas barang lagi, siapkan diri, mandi-mandi. Akhirnya, ke Subuh jugak barulah tidur.

Tu je kot setakat kisah untuk cuti Tahun Baru Cina aku pada tahun ni. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian *sila cari perkaitan peribahasa ini dengan situasi aku*  Maaflah ye terpaksa tadah telinga dan mata tengok luahan perasaan aku ni. 


The suitable moral story for my experience is “JANGAN BUAT KERJA LAST MINUTE!”

Comments

Popular posts from this blog

Interview

Throwback Jaulah Miri Sarawak-Sabah 2016

Cinta