Aku Budak Sekolah Rendah (Part 2)

Sesudah itu, aku masuk ke alam darjah satu. Semestinya pakaian masa ni lebih formal. Aku berkenalan dengan kawan-kawanku yang lain sama seperti waktu aku di prasekolah dulu. Aku belajar seperti biasa malahan semakin aktif! Aku semakin minat dan jatuh cinta pada ilmu! *ayat je exaggerating lebih* Darjah satu, darjah dua, darjah tiga.

Aku masih ingat seorang guru aku ini.Garang! Kami mesti hafal sifir yang diberi! Mesti ko heran and rasa ‘hafal sifir je pun’. Tapi, sifir tu lah musuh utama masa sekolah rendah, nak hafal kira bagai, menyusahkan! *tapi benda tu lah yang buat aku ambik course Matematik sekarang ni.Terima kasih cikgu!* Hari ini bagi sifir 2 contohnya, pagi esok ada kuiz tanya pasal sifir dua tu! Ada satu buku itu memang khasnya untuk menghafal sifir itu. Aku tidak ingat lagi apa namanya. Sesiapa yang tak hafal, faham-faham jelah. Rotan kayu tebal lah jawabnye. Pap! Tapi, Alhamdulillah, masa tu aku minat Matematik. Kuranglah juga kena hukuman rotan tu. Kadang-kadang denda rotan itu lebih berkesan daripada muka garang dan suara nyaring sahaja. Dan mungkin sebab itu juga kami hafal sifir kesemuanya dari sifir 2 hingga sifir 12. Sebab kau akan trauma yang berbentuk positif dan akan belajar, belajar dan belajar sampai dapat! Merotan bagus bukan? Tapi, bukannya merotan skati bak hang ja

*cerita lain* Ini kisah guru kelasku masa itu. Semasa kami di darjah satu dan darjah dua barangkali sampai darjah tiga tak silap menggunakan abacus aka sempoa untuk belajar Matematik. Mulanya, memang agak leceh menggunakan sempoa tu.Tapi aku dengan caraku, guna tangan sahaja untuk mengira, sudah! Haha.Sebenarnya aku tak pandai sangat guna abacus tu. Aku tak suka sesuatu yang menyusahkan aku. Terpulanglah mahu jadi apa, mahu jadi hantu atau jadi buaya~

*cerita lain* Pada masa ni jugak, pernah satu ketika ya aku agak pemalas orangnya. Sewaktu rehat, aku minta “tolong” orang belikan makanan untuk aku.Aku hanya menunggu di dalam kelas. Malas gitu~ Sampailah suatu hari ni, guru-guru di sekolah aku sedar akan budaya itu.Tup tap.Guru kelasku merangkap guru garang itu masuk ke dalam kelas.Waktu subjeknya mengajar. Sebelum mula mengajar, dia sempat cakap pasal mintak orang beli makanan kat kantin dan tanya siapa ada buat macam tu dan yaaa.Semua orang menuding jari ke arahku. Apa salahku?Aku ingat mereka ikhlas menolongku.Haha.Sejak hari itu, aku merajinkan kakiku untuk berjalan ke kantin di hujungggg sana.Kadang-kadang aku meminta ibuku menyediakan bekal untukku. Memandangkan aku peminat tegar mi Maggi kari masa itu, ibuku menyediakan bekal itu untukku. Dia merebus awal mi tu dan kuahnya di rumah. Selepas itu, ibuku mengasingkan kedua-duanya ke dalam dua bekas yang bertingkat tu.Jika aku hendak makan, campur dan gaulkan sahaja.Mudah bukan! Ramai yang tertarik dengan bekalku itu. (JANGAN BAWA BEKAL MAKANAN INI KE SEKOLAH!)

Cerita lain pulak, bila hendak cuti hujung tahun, kami bergotong-royong mengemaskan kelas. Semua meja dan kerusi disusun kemas.Tapi! Kami membuatnya seperti sebuah keretapi malahan sebuah rumah mungkin. Rumah yang tak berbumbung.Susun kerusi kayu tu dalam bentuk ruang rumah gitu.Dengan masing-masing pegang tittle adik, kakak, abang.Haha! Seronok nian aku masa itu.Kanak-kanak! 

Pastu, aku masih ingat lagi budak-budak lelaki memanggiku “nenek kebayan” dan “kacang ngagak”. Ya, aku pun tidak faham kenapa mereka memanggilku seperti itu.Kalau “nenek kebayan” itu aku faham.Sebab masa dulu kan pakai tudung nak bersekolah dan ada jugak budak lain tak bertudung pergi sekolah tapi ibuku menggalakkan aku untuk menutup aurat. Tapi, bila dalam kelas dah terasa panas sangat, aku bukalah tudung tu.Tak tahu apa maksud auratkan masa tu. Kanak-kanak! Pastu, kawan-kawan lelaki gelar aku nenek kebayan. Nama “kacang ngagak” itu pulak aku tidak pasti sampailah sekarang. *sesiapa yang tahu, sila pm saya ASAP* Masa dekat rumah, aku selalu makan tengahari di rumah nenek dan makcikku. Lepas makan, buat kerja rumah sambil ditemani nenekku yang sedang melipat baju. Itulah kehidupanku semasa darjah satu, darjah dua dan darjah tiga.


Comments

Popular posts from this blog

Interview

Throwback Jaulah Miri Sarawak-Sabah 2016

Cinta