Posts

Showing posts from April, 2016

CNY Holiday

Image
#kisah nak cuti Tahun Baru Cina awal tahun dulu# CNY Holiday! Yeay. Nak balik. Nak balik. Sabak sat. Aku dah beli tiket nak balik ke belom? Errmm. Rupa-rupanya aku belom book lagi bila geng budak class lain cakap tiket banyak dah habis. Cuti CNY  kan, confirm semua orang nak balik kampung. Apa lagi, aku dengan sorang member ni straight pergi ke terminal bas nak beli tiket. Terminal bas? *Bukan ko selalu pakai ‘belon’ ke?* Haish. Tiket nak balik CNY ni mahal gilos. RM200+! Separuh daripada elaun setiap bulan aku tu. Tambah-tambah lagi zaman poket kering ni, makan Maggi jo jawabnye. Tulah pakai bas nak balik kampung. Alhamdulillah dah pi terminal bas beli tiket balik kampung 60 hengget tambah lagi tambang van pergi sana 15 hengget. Menanges aku. Dahlah hari sebelumnya aku terpaksa menebal muka dok mintak dengan ayah RM100 sebab nak beli tiket balik. Takut gilo nak mintak duit dengan mak ayah, bukannya diorang susah nak kasi tapi aku tak biasa nak minta dengan diorang. Satu h

Aku Budak Sekolah Rendah (Part 2)

Image
Sesudah itu, aku masuk ke alam darjah satu. Semestinya pakaian masa ni lebih formal. Aku berkenalan dengan kawan-kawanku yang lain sama seperti waktu aku di prasekolah dulu. Aku belajar seperti biasa malahan semakin aktif! Aku semakin minat dan jatuh cinta pada ilmu! *ayat je exaggerating lebih* Darjah satu, darjah dua, darjah tiga. Aku masih ingat seorang guru aku ini.Garang! Kami mesti hafal sifir yang diberi! Mesti ko heran and rasa ‘hafal sifir je pun’ . Tapi, sifir tu lah musuh utama masa sekolah rendah, nak hafal kira bagai, menyusahkan! *tapi benda tu lah yang buat aku ambik course Matematik sekarang ni.Terima kasih cikgu!* Hari ini bagi sifir 2 contohnya, pagi esok ada kuiz tanya pasal sifir dua tu! Ada satu buku itu memang khasnya untuk menghafal sifir itu. Aku tidak ingat lagi apa namanya. Sesiapa yang tak hafal, faham-faham jelah. Rotan kayu tebal lah jawabnye. Pap! Tapi, Alhamdulillah, masa tu aku minat Matematik. Kuranglah juga kena hukuman rotan tu. Kadang-kadang den

Aku Budak Sekolah Rendah (Part 1)

Image
Baiklah, aku ceritakan perjalanan hidup aku setakat ini, setakat aku masih bernafas tika ini. Aku lahir pada 6 Jun 1997 di Hospital Daerah Saratok.Namaku , Atikah ,  diberi sempena nama pembaca berita yang mak aku tengok masa hendak melahirkan aku tu. Lepas tu,dah 5 tahun, aku masuk tadika yang tak berapa ‘kemas’. Tadikaku itu hanya selang 2 buah rumah dari rumah nenekku.Aku selalu membuat alasan sakit perut, pening kepala dan macam-macam lagi untuk tidak bersekolah, lepas tu pergi ke rumah nenek. Nenek telefon ayah, pastu balik rumah. Kecik-kecik dah pandai menipu! Kalau pergi tadika pun, mak kena teman, aku mesti minum susu dalam botolku sambil baring di riba ibuku. Persis seorang puteri! Akhirnya, ayah dan ibuku mulai bosan aku bersikap sebegitu jadi aku tidak belajar di tadika itu lagi.Hanya 5 bulan rasanya. Selepas itu, aku belajar di rumah sahaja melalui CD. Tiap pagi, aku kena duduk menghadap CD tersebut. Berkesan! Memang masuk dalam otak aku. Aku masih ingat lagi suasana dalam