Kampung

    


      “Adik tak nak bersekolah di sini, papa. Kampung ni tak seronok langsung!”gertak Hafiz yang merupakan pelajar tingkatan 2 yang baru sahaja berpindah ke Sekolah Menengah Kulai Selamat. Sekolah tersebut terletak di dalam sebuah kampung yang agak terpencil di negeri Sarawak dan mengambil masa kira-kira 12 jam dari bandar Sibu. Ayah Hafiz, Encik Ismail, hanya mampu tersenyum kerang kerana salahnya juga kerana tidak memberitahu satu-satunya anak terunanya itu awal-awal bahawa mereka akan berpindah kesitu.

     ”Dekat sini dahlah tiada wireless, line broadband pun lambat macam siput, tak dapat keluar dengan kawan-kawan lagi! Dekat sini, semua kawan-kawan Hafiz miskin. Semua anak petani dan anak buruh!” rungut Hafiz lagi. Tak semena-mena terasa pipinya sakit seperti disambar oleh kilat. Ayahnya sudah hilang sabar apabila dia merendah-rendahkan mengenai status anak-anak kampung itu. 

     ”Mengapa ayah tampar abang? Abang ni sama taraf dengan budak-budak kampung tu juga ke? Ayah tak sayang abang lagi! Ayah lebih suka bela budak-budak kampung sini. Benci ayah!” ujar Hafiz dengan lantang lantas berlari masuk ke dalam biliknya yang tidak jauh sahaja dari ruang tamu itu. Encik Ismail sudah tidak tahu lagi cara hendak mengubah perilaku anaknya itu. Kini, dia hanya mampu berdoa agar Allah akan membukakan pintu hati anakya untuk menerima hidayah dan mampu berubah menjadi anak yang soleh. ’Apakah salahku dalam mendidik Hafiz? Nor, kalaulah awak masih ada. Mungkin Hafiz tak jadi begini’, ujar Encik Ismail sebelum dia jatuh terjelepok di ruang tamu itu.

     Tap! Belakangnya terasa sakit sekali. ”Kalau ye pun termenung tu, jalan tengok ke hadapan. Bukannya tengok langit memanjang je!” sindir Azhan yang merupakan rakan baiknya di Sekolah Menengah Kulai Selamat itu. ”Mana ada aku termenung. Cuma teringat sahaja”, balas Hafiz selamba. Mereka berdua bergegas ke kantin memandangkan waktu rehat tinggal 10 minit sahaja lagi. Sepanjang sesi pembelajaran, Hafiz tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya. Dia masih teringat akan kejadian yang menyebabkan ayahnya dimasukkan ke hospital akibat serangan sakit jantung.

     Usai sahaja kelas subjek Kimia yang merupakan kelas terakhir pada hari itu, Hafiz mengayuh basikalnya dengan pantas menuju ke rumahnya yang terletak hanya 1 kilometer darisekolahnya. Diaperlu memberi ayahnya makan ubat, memasak untuk makanan tengahari dan juga mencuci baju. Ayahnya kini tidak mampu untuk bergerak terlalu banyak memandangkan kesihatan ayahnya saban hari kian merosot. Kini dialah ibu dan dialah juga anak. Dia tidak sempat melihat wajah ibunya kerana ibunya telah meninggal dunia ketika melahirkan dia ke dunia ini. Dia hanya mampu menatap wajah ibunya melalui foto-foto lama yang disimpan olehayahnya.

’Rindu ibu’.

     Sedikit demi sedikit air matanya mengalir di pipi ketika dia sedang memasak sayur untuk ayahnya. ”Apa yang Hafiz masak tu?”soal ayahnya sambal menghidu aroma yang enak dari masakan anaknya itu. Walaupun ayahnya tidak sihat, tetapi ayahnya tetap sahaja berkelakuan ceria di hadapannya dan menganggap seolah-olah sakit jantung yang dialami olehnya tidak pernah wujud. Dia tidak mahu anaknya bersedih dan tidak menumpukan perhatian di dalam kelas sehingga menjejaskan prestasi pembelajaran anaknya itu. Tatkala isterinya, Nor sudah tiada lagi, Hafiz lah tempatnya menghabiskan sisa-sisa hidupnya itu. Hafiz lah teman tidurnya, teman mendengar kisah cinta dirinya dan Nor dan Haqimi jugalah satu-satunya waris yang akan ditinggalkannya tidak lama lagi.

     Hafiz perlu bertungkus-lumus dan menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas memandangkan dia ialah salah seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) pada tahun ini. Kejadian ketika ayahnya dimasukkan ke hospital itu benar-benar telah mengubah kehidupannya. Dahulu, ketika dia masih belajar di salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh(SBP) di bandar, dia ialah antara pelajar tercorot dalam tingkatannya. Dia terlalu selesa berada di sekolah itu dengan statusnya sebagai anak salah seorang pemilik syarikat terkemuka hinggakan dia alpa dan lupa diri akan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar. Ayahnya seringkali dipanggil oleh pengetua sekolah untuk datang ke sekolah kerana prestasi akademiknya yang tidak memberangsangkan. Walaupun Hafiz telah dinasihati oleh ayahnya, guru kaunseling mahupun kawan-kawannya, nasihat itu bagai masuk telinga kanan, keluar telingakiri.
Kini, dia sudah menjadi Hafiz yang baru. Hafiz yang lebih rajin dan berusaha. Dia tidak ingin menghampakan harapan ayahnya lagi yang ingin melihat dia menjadi seorang yang berjayakelak.
Dia menghadiri setiap kelas tambahan yang diadakan, membuat latih tubi, menelaah pelajaran secara konsisten dan memasuki kelas tuisyen yang disediakan oleh guru-gurunya pada waktu cuti. Dia ingin menggapai bintang yang bergemerlapan di langit, 9A! Ya! 9A! Itulahyang diainginkan.


     Kini, tiba detiknya untuk menghadapi peperiksaan terbesar itu. Peperiksaan tersebut akan menentukan laluan hidupnya selepas ini. Dalam kesibukan dia menelaah, dia tidak lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang anak dan pada agama. Encik Ismail berasa berbangga dan bersyukur kerana kini anaknya, Hafiz sudah berubah sepenuhnya.”Ya Allah, Engkau telah makbulkan doaku. Sekiranya, selepas ini aku tiada lagi di muka bumi ini, aku berharap agar Engkau melindunginya dan menjadikan dia seorang anak yang cekal dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang fana di muka bumi ini”, ayahnya berdoa selesai sahaja solat memohon keberkatan daripada Tuhan Yang Maha Esa.

Alhamdulillah. 

      Peperiksaannya kini sudah tamat. ’Dapatlah saya menolong ayah di rumah’, ujar Hafiz sendirian. Sementara menunggu keputusan SPM diumumkan, dia mengambil upah menjadi guru sandaran di sekolah rendah di situ. Gajinya tidaklah seberapa tetapi mampu untuk membelikan hadiah dan baju baharu buat ayahnya. Walaupun ayahku mempunyai syarikat penanaman sawit, tetapi aku ingin menghadiahkan ayah barang-barang yang kubeli dengan duit hasil titik peluhku sendiri.

     Bulan berganti bulan dan tibalah bulan yang sangat mendebarkan. Bulan Mac! Itulah bulan yang paling dinanti-nantikan oleh calon-calon SPM di seluruh Malaysia. Sebelum Hafiz bergerak menuju ke sekolah untuk mengambil keputusan SPMnya, dia sempat berkata kepada ayahnya “Ayah, doakan keputusan Hafiz ya. Hafiz sayang ayah”. Dia memeluk erat ayahnya. Dia tidak tahu sebab mengapa perasaannya semakin sayu meninggalkan ayahnya di rumah. Air mata yang mengalir di anak matanya dikesat dengan hujung bajunya itu.Sampai sahaja di sekolah, rakan-rakan segera memeluknya dan mengucapkan tahniah. Hafiz tertanya-tanya.

 Mengapa?

     Dia segera pergi ke arah gurunya untuk mengambil slip keputusan. ”Tahniah, Hafiz.”, ucap guru kelasnya itu. Air matanya segera mengalir tanpa henti di pipinya.’Alhamdulillah. Ayah!Ayah!’hatiku tidak sabar untuk pulang ke rumah.

     Sampai sahaja di rumah, aku hairan melihat orang ramai di rumahku. ’Ayahku terjatuh dari kerusi rodakah? Adakah ayah sudah tahu akan keputusanku yang cemerlang ini dan mengadakan majlis kesyukuran?’ bisik hatiku sendiri. Aku merebahkan basikalku di tepi rumah dan mengenggam erat slip keputusanku itu. Ayah. Ayah. Ayah. Setapak sahaja aku masuk ke dalam rumah, dapat kulihat sekujur tubuh terbaring kaku dihadapanku.

     Alangkah luluhnya hatiku. Tatkala aku membawa janji yang ayah impikan, dia sudah pergi meninggalkanku. Hatiku berderai lantas memeluk erat jenazah ayahku yang sudah berbalut kain putih itu.”Ayah! Abang dapat 9A! Abang dapat 9A! Ayah tak gembira ke?”. Jiran sebelah rumahku segera menenangkan diriku.

     Perginya ayahku membawa seribu satu memori indah kami bersama. Andai sahaja dapat kupamerkan keputusan SPM ini kepada ayahku. ’Mesti ayah gembira sangat-sangat’, detik hatiku sendirian.

     Kini aku mewarisi syarikat penanaman sawit ayahku. Aku tidak lagi tinggal di kampung itu. Walaupun aku berasal dari negeri Johor, kini cintaku tumpah di bumi kenyalang ini dan sekarang aku tinggal di bandar Kuching. Aku pasti melawat kampung itu tiapkali waktu cuti kerana kampung itulah yang mengubah kehidupanku, emosiku dan sikapku. Kampung itulah yang merapatkan hubungan ayah dan aku.Aku pasti setiap kejadian memang ada hikmahnya. Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk berbakti kepada ayahku walaupun cuma sekejap.

’Rindu ayah.Rindu ibu’

Comments

Popular posts from this blog

Interview

Throwback Jaulah Miri Sarawak-Sabah 2016

Cinta