Posts

Showing posts from May, 2016

Kampung

Image
           “Adik tak nak bersekolah di sini, papa. Kampung ni tak seronok langsung!”gertak Hafiz yang merupakan pelajar tingkatan 2 yang baru sahaja berpindah ke Sekolah Menengah Kulai Selamat. Sekolah tersebut terletak di dalam sebuah kampung yang agak terpencil di negeri Sarawak dan mengambil masa kira-kira 12 jam dari bandar Sibu. Ayah Hafiz, Encik Ismail, hanya mampu tersenyum kerang kerana salahnya juga kerana tidak memberitahu satu-satunya anak terunanya itu awal-awal bahawa mereka akan berpindah kesitu.      ”Dekat sini dahlah tiada wireless, line broadband pun lambat macam siput, tak dapat keluar dengan kawan-kawan lagi! Dekat sini, semua kawan-kawan Hafiz miskin. Semua anak petani dan anak buruh!” rungut Hafiz lagi. Tak semena-mena terasa pipinya sakit seperti disambar oleh kilat. Ayahnya sudah hilang sabar apabila dia merendah-rendahkan mengenai status anak-anak kampung itu.       ”Mengapa ayah tampar abang? Abang ni sama taraf dengan budak-budak kampung tu j