Jaulah : Sabah (Part 1)

Assalamualaikum dan haii.
Haa dah nak penghujung cuti ni baru ada semangat sket nak update blog ni. Kali ni kita nak update tentang jaulah a.k.a travel ke Sabah. Jaulah kali ni kita pakai jalan darat memandangkan Miri ni agak dekat dengan Sabah, jimat duit nak beli tiket dan yang paling penting senang nak travel sana sini guna kereta sendiri.

Pertama sekali, sesiapa yang berada area Miri tu boleh buat passport sementara ke Brunei sebab kita kiranya nak lintas sempadan Brunei sekejap. Passport sementara Brunei tu berharga RM50 dan valid sampai 5 tahun. Kalau yang drive guna darat, kena buat pemeriksaan kereta before lalu sempadan tu sebab dia ada spesifikasi sendiri baru boleh pass border. So, take note!

Hari pertama:

Kami start bertolak dari Miri ke sempadan Brunei tu dalam jam 11 lebih macam tu dan sampai ke Sabah dalam jam 5 petang. Kena lalu beberapa sempadan and ada bayar tol lah. Tak mahal. For sure, ada border Brunei yang kena bayar RM10.

Sempadan 1: Brunei
Sempadan 2: Masuk Sarawak balik (Limbang)
Sempadan 3: Brunei
Sempadan 4: Masuk Sarawak balik (Lawas)
Sempadan 5: Welcome to Sabah!





PERINGATAN! Masa nak masuk border Brunei tu, jangan lupa tutup data handphone tau! Nanti tak pasal-pasal habis kuota data sebab Brunei tu negara lain. Kira luar negara la, sistem pon lain kan. Kalau nak selamat dah sampai area Sarawak baru on data balik.

Lepas je border Sabah tu, kami terus ke KK sebab dah book apartment kat sana. RM130 semalam. Agak murahla sebab apartment kan full equipment dan sesuai untuk family besar lah. Beverly Hills Apartment Phase 3. Boleh checckout tu kat trivago ye.

  • 2 bilik
  • 1 bilik mandi
  • Dapur
  • Ruang makan
  • Ruang tamu
  • Balkoni





Hari Kedua :

Sabah kan terkenal dengan pulau-pulau yang cantik. So, kitorang plan pergi ke sana lah. Memandangkan kitorang pergi dalam tengahari camtu, orang tu kata sempat pergi dalam 2 pulau je nanti Kami pun decide pergi ke Pulau Sapi dan Pulau Manukan dan tiket utk 2 pulau tu berharga RM35 setiap orang.

Untuk aktiviti pulak kami decide nak main parasailing dan snorkelling! Best giler tau!
Parasailing:

  • Individu (RM70)
  • Dual (RM130)
Untuk snorkelling, kami bayar equipment je. Setiap equipment berharga RM5. Kalau nak snorkelling, boleh beli toggle dan life jacket.

Pelabuhan Jesselton

Pulau Sapi

Pulau Manukan, snorkelling

Parasailing





View kat pulau sana memang pergh. Cantik giler. Udara nyaman, memang sesuai utk org yg nak pi holiday dgn family, tempat utk release tension ajak kawan-kawan datang sekali. Kira berbaloi lah sebab dapat view cantik, buat aktiviti yang memang best giler. Reccomended!

Sebelah malamnya pulak, kitorang gi Pasar Malam Phillipine. Kat sana memang jual macam-macam especially seafood, kerongsang and aksesori wanita lah. Area makanan tu memang rambang mata lah nak pilih yang mana. Semua makanan fresh, bagitau je nak makan apa terus diorang masak. Kat sana jugak jual makanan tradisional Sabah macam amplang dan lain-lain

Bahagian sebelah pasar tu jugak jual aksesori. Kalau perempuan masuk sana, alamatnya memang berjam-jam lah. Sebab murah gilos! So girls out there yang nak gi pasar malam tu, save duit awal-awal ye. Kerongsang ada, gelang yang mutiara ada dan lain-lain lagi dengan harga yang murah!

Tu je lah stakat hari kedua berada di Sabah. Hari-hari yang seterusnya kita sambung pada next part ye. 
p:s/ tak ingat nak ambik gamba kat Pasar Malam Philliphine.So, imagine je lah ye.

Wassalam.


Comments

Popular posts from this blog

Interview

Throwback Jaulah Miri Sarawak-Sabah 2016

Cinta