Posts

Showing posts from February, 2016

Cinta

Image
Manusia punya rasa untuk mencinta dan dicinta, Cinta kepada penciptaNya, Cinta kepada makhlukNya, Cinta kepada alamNya, Mungkin ada cinta yang yang luar biasa, Daripada cintanya yang tiga, Itu pilihan kita sebagai manusia, Tapi siapa kita untuk tidak cinta padaNya? Dia yang ciptakan kita, Dia yang hidupkan kita, Dia yang sayangkan kita,

Terminal Bas

Aku duduk keseorangan di dalam bas sementara menunggu bas untuk bergerak pergi ke perhentian seterusnya. Aku lihat pelbagai ragam manusia lalu-lalang membawa barang kepunyaan masing-masing.Ada pasangan suami isteri, sekeluarga dan ada juga yang bergerak solo. Aku mengalaskan perutku dengan bergedil dan karipap yang kubeli di IPG tadi. Kutoleh ke kiri lantas aku melihat seorang ibu dan anaknya yang ku anggarkan berusia 5 hingga ke 6 tahun.Anaknya menggalas sebuah beg yang kurasakan jikalau aku yang menggalasnya,mau tidak rapuh tulangku ini.Apakan lagi kanak-kanak sekecil itu.Kulihat ibunya membawa beg tangan sahaja sambil mengarah-arahkan anaknya itu.Siapa dia?Apa pangkat dia?Permaisuri? Memandangkan bas akan bergerak dalam masa lima belas minit lagi, aku pun turun dari bas dan menuju ke tandas.Dalam perjalanan aku ke dalam bas semula, aku lihat seorang pemandu bas yang agak marah, sebab apa pun aku tidak tahu.Pemandu bas itu masuk ke ruang pemandu sambil bermain dengan enjin b