Jaulah : Sabah (Part 2)

Assalamualaikum dan hai semuanyaa.
Harini kita nak sambung part seterusnya jaulah ke Sabah ni. Haa. Hari ketiga dan keempat ni kita bergerak ke Ranau! KK ke Ranau ni mengambil masa lebih kurang 2 jam macamtu lah.

Hari ketiga :

Hari ketiga plan nak gi Ranau, so before tu kitorang singgah jap ke Pekan Tamparuli dan Rumah Terbalik Borneo di Tuaran.

Di Pekan Tamparuli kan, awak boleh dapat pelbagai makanan dengan harga yang murah, kuantiti banyak dan yang paling penting sodapp. Tak sempat naik Jambatan Tamparuli kat sana ambik gambo ja pun jadilah.(cc ieqa_makrof)

Jambatan Tamparuli

These cucur pisang for RM3 only bro! 8 biji/ RM1

Yang ni RM2 ja. Kulit popiah berintikan sayur mayur. Marvellous!

 *Rumah Terbalik Borneo*
Seperti yang kita sedia tahu kat tempat ni semua benda terbalik kan. Rumah terbalik, tandas terbalik, taman terbalik. Leher ni pon dah lenguh asyik tengok atas ja. Nak masuk ni kena bayar RM10 seorang bagi yg dewasa lah.


Dalam rumah ni takleh ambik gamba or ambik video. Kat luar rumah tu ja baru boleh berselfie wefie bagai


Kereta pon terbalik tau!


Then, on the way nak ke Ranau tu, kitorang singgah lagi ke Kinabalu Park yang terletak di Gunung Kinabalu (of course lah kan nama pun Kinabalu). Tiket nak masuk ke Kinabalu Park ni kalau pakai kereta, berharga RM2/seorang. Kat sini boleh tengok view Gunung Kinabalu dari atasss. Memang kabus gilerr lah. Tambah lagi sejuk, takyah pakai aircond bukak je tingkap. Natural aircond dah.

Before ni tengok je kan dari tv macam mana keadaan kat gunung Kinabalu tu, ni dah alami sendiri memang terbaik ah.







Dah sampai kat Ranau, kitorang terus cari homestay kat sana sebab sana memang merata-rata ada homestay. Tinggal pilih je lagi nak yang mana. Kat Ranau tu kami tinggal kat Sani @ Homestay Kundasang. Satu bilik RM80 semalam dan dalam bilik tu ada 1 katil besar dan satu katil single. Dapur, bilik mandi dan tv memang disediakan. So no worries!

Hari keempat :

Lokasi pertama pada hari keempat ni di Desa Cattle Dairy Farm Kundasang. Tak jauh pon dari homestay tu cuma kena pergi awal lah sebab nanti susah nak cari car park kat sana.

  • Tiket masuk : RM5/seorang
Kat sini jugak ada sediakan lokasi pengambaran dan tempat orang kawen bergambo. Tak mahal pon. Reasonable price. Kat sini boleh tengok suasana ala-ala kat New Zealand lah dengan suhunya memang sejuk, pemandangan pergh. Dan satu benda, jangan pergi dah nak tengahari sangat sebab kabus tebal. View tak cantik, gunung pon tak nampak, Yang ada kabus putihhh ja. 

Kat sini boleh kasi anak kambing, anak lembu minum susu dan makan rumput. Dari tangan kita sediri ye and of course ada bayarannyalah kalau nak beli susu dan rumput tu.
  • Susu : RM1.50
  • Rumput : RM1
Kalau nak perah susu lembu boleh pergi waktu petang. Kafe makanan minuman memang disediakan kat sini so don't worry kalau lapar ye. Kat kafe ni jugak ada jual susu segar, aiskrim segar, yogurt segar memang terus dari lembu tu. Takdak lalu proses awet bagai pon.







Proses nak pasteurise kan susu ke dalam kotak.


Next trip pergi ke kawasan yang tinggi sket, kawasan yang bunga ros ditanam bunga-bungaan, sayur-sayuran. Belanja gambar sket.





Next gi Kolam Ikan Luanti Ranau. Ikan ni akan gigit kaki korang dan akan buang toksik kuman bagai dari kaki korang tu. Tak sakit pon macam kena semut gigit-gigit je. Harga tiket :

  • Kaki : RM5
  • Badan : RM10

Aktiviti terakhir kami pada hari keempat ni ialah PARAGLIDING! Best giler wei! At first memang takut nervous excited, semua perasaan ada tapi bila dah naik tu memang taknak turun dahh. Memang nak terbang selamanya. Hohohoho.

Nak main paragliding ni kena bayar RM120 seorang dan kalau nak rakam moment terbang tu boleh sewa Go Pro Hero 4 Cam yang berharga RM30. View memang cantik. Tiptop! Bila lagi kan nak try benda-benda camni.






Tu je lah trip kami untuk hari ketiga dan keempat. Malam tu memang lepas makan terus tido. Letih sangat kan seharian. Tu je lah ye.

Gracias.


Comments

Popular posts from this blog

Interview

Throwback Jaulah Miri Sarawak-Sabah 2016

Cinta