Gardenia

“Bang, anak you nak makan roti Gardenia lahhh” Sya mengusap-ngusap perutnya yang  memboyot itu. “Mana abang nak cari roti Gardenia kat Sarawak ni yang oi. Roti Uniquebun adala. Yang nak roti Uniquebun? Perisa apa?” Afiq meyakinkan isterinya itu. ‘Alahai, janganlah bini aku ni mengidam roti Gardenia pulak. Manalah aku nak cari ni’ debar hati Harith. “Sayang tak nak! Sayang nak roti Gardenia jugak! Nak flavour vanilla. Cepatla banggg. Takkan abang tak sayang bini abang ni kot”.

‘Dia dah mai dah main sayang tak sayang ni. Terpaksa jugakla aku cari ni’ “Jap sayang. Abang nak gi seven eleven jap. Nak tengok ada ke tak.” Afiq bergegas mengambil kunci kereta dan bergerak keluar dari rumah.

Afiq membelokkan keretanya ke kanan setelah lampu trafik bertukar hijau. ’Aku nak check kt seven eleven jap ada ke tak.Harapla ada yang oi’. Dia pun memberhentikan keretanya di hadapan sebuah kedai makan 24 jam yang bersebelahan dengan kedai seven eleven itu.Buka sahaja pintu keretanya, bau nasi beriyani itu terus menusuk ke dalam hidung Afiq. ’Alahai.Kenapa la bini aku ni taknak makan daging kambing ke nasi minyak ke, ni tak roti Gardenia juga yang dia ngidam ni.’ Afiq pun terus berjalan menuju ke kedai seven eleven dengan matanya yang asyik tertarik dengan mamak yang tengah memasak kari kambing itu.

‘Kling kling’,  loceng kedai itu berbunyi. Afiq pun terus ke ruangan roti di sebelah kanan kedai tersebut. ’Gardenia,gardenia, gardenia’. Afiq menganalisis ruangan roti tersebut, habis roti yang di bahagian belakang tersebut diselongkar olehnya. Cashier tu  pun hairan dengan perangainya, lantas mengeluarkan sebatang parang. Barangkali dia fikir  Afiq tu perompak yang menyimpan senjatanya di ruangan roti itu. Mungkin sahaja la memandangkan mutakhir ni apa-apa boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja. Hampir sahaja cashier itu menelefon polis, Afiq pun menoleh dan bertanya “Kedai kamu ni ada jual roti Gardenia ka?’’ Alahai tak berderau darah Afiq apabila melihat cashier tu pegang parang.

“Maaf bang. Saya ingat abang ni perompak nak ambik senjata kat situ tadi. Mana taknya abang selongkar semua roti tu”, cashier yang bernama Saif pada nametagnya itu menunjukkan timbunan roti yang diselongkar oleh Afiq berselerakan di lantai. Harith pun menggaru-garu kepalanya sambil tersengih kerang busuk.

”Takpe lepasni saya susun balik roti-roti tu. Ni, ada jual roti Gardenia tak?” “Takde bang. Sarawak ni mana ada jual roti tu bang. Tu roti tu ada”, Saif menuding jarinya ke arah roti Uniquebun. ”Tu lah pasal, bini aku ni nak makan roti Gardenia pulak malam-malam ni. Flavour vanilla pulak tu”, Afiq mengeluh sambil menyusun semula roti-roti yang berselerakan itu tadi. ”Bini abang mengidam la ni. Kalau orang mengidam ni, memang macam tu bang. Macam-macam dia nak makan. Itulah inilah. Bini saya pon sama dulu masa lahirkan anak pertama, adeke nak makan daging tenggiling. Mana nak cari tu. Tapi tu lah. Orang tua cakap kalau tak diikut apa yang bini ngidam tu, ha cacat anak tu nanti. Bukannya kita nak tolak takdir bang, tapi seboleh-bolehnya kalau dapat, kita elakkanlah”, panjang lebar penjelasan Saif dan aku pun mengiakan je lah. Kesian pulak kan kalau tak layan.

Selepas Afiq menyusun semula roti-roti tersebut, dia pun keluar dari kedai tersebut dan menghala ke kereta.Sempat juga dia minum kopi o di kedai makan 24 jam dan ditelefon oleh bini dia tu. ”Bang, mana roti Gardenia ni. Ayang lapar laa. Nak perisa jagungg”, rengek Sya dengan suara yang manja.’ Alamak! Dia nak corn flavour pulak.’ “Kejap yang ye. Abang tengah cari ni. Ada abang naik flight pergi semenanjung nanti kang” sindir Afiq kepada Sya. ‘Aku bukannya tak nak memenuhi apa yang bini aku idam ni tapi tu lah benda yang tak masuk akal, adaka kedai yang jual roti Gardenia kat Sarawak ni. Dahlah kitorang ni tinggal bukannya kat bandar besar tu, yang paling membangun kat sini pon seven eleven tu jeh.’ Dia pun terus membayar air kopi o ku tadi dan terus masuk ke dalam kereta.Nak tak nak ke bandar besar jugakla ni.Jarak ke bandar besaq tu ambik masa setengah jam, pergi balik dah ambik sejam dah belom masa nak cari ghootii dia tu. Afiq memberhentikan keretanya di tepi jalan dan call member-member kat mana nak cari kedai jual roti Gardenia ni.Kalo nak tunggu diorang reply whatsapp, nok harom menunggu, almaklumla orang kerjo tinggi kan, semua sibuk sibuk. Sorang persorang dia call.Adela jugak sorang member ni cakap kat sebuah kedai nama dia “De Tamu” ,dia pun pusing la bandar tu cari kedai tu dan akhirnya Alhamdulillah jumpa jugakk.

Masuk je kedai tu, dah spot satu roti Gardenia and exactly perisa jagung. ‘Baru je nak jalan ke arah tu, terus sepasang tangan ni dah ambik awai-awai. Apuuuu. Nak rampas dari dia, perut dia pun memboyot macam bini aku.Alahaiiii. Ada je dugaan dia tu.Dari kedai ke kedai dah aku jelajah, dah habis kredit aku pujuk bini aku makan benda lain. Aku pun nak tak nak, balik jugak rumah, jam pun dah menunjukkan jam 11:30 malam dah ni.’

Sampai je kat rumah, aku tengok bini aku tengah nak ambik kicap, cili dan gula. Heran pulak aku kenapa dia ni takkan expect aku bawak roti gardenia pulak, tapi ambik kicap bagai. Aku pun menghala ke arah Sya dan mengusapnya perlahan. ”Awak nak makan apa dengan kicap, cili, gula bagai ni?”, tanya Afiq. Sya pun senyum. ’Alahai kenapa dia nak senyum-senyum pulak ni.Janganla cakap nak makan benda lain pulak ni’ “Abangggggg, ayang tak nak lah roti Gardenia tu. Ayang nak makan dabaiii. Abang boleh carikan?”, Sya mengerdipkan matanya ala-ala kucing tu. ”Alaaa ayang nii.Tadi nak roti Gardenia sekarang dabai pulak. Mana nak cari dabai memalam camni yang. Lagipun bukan musim dia berbuah ni, kenapa tak nak buah oren ke buah epal ke” bebel Afiq pepanjang kat dia. Sya mencebikkan mulutnya dan mengusap-usap perutnya.’Takkan abang tak nak berkorban untuk baby first kita ni, takkan abang tak kesian ayang pulak”, ucap Sya dengan nada yang merajuk.’Dia main sayang-sayang pulak dah ni.’ “Meh la abang cari.Kali ni ayang kena ikot abang.Kang ayang nak makan benda lain pulak tengah jalan” Afiq pun mengambil kunci kereta dan masuk ke dalam kereta sementara menunggu bini dia tu bersiap.

(sekadar hiasan)

Comments

Popular posts from this blog

Interview

Throwback Jaulah Miri Sarawak-Sabah 2016

Cinta