Aku Budak Sekolah Rendah (Part 1)

Baiklah, aku ceritakan perjalanan hidup aku setakat ini, setakat aku masih bernafas tika ini. Aku lahir pada 6 Jun 1997 di Hospital Daerah Saratok.Namaku , Atikah ,  diberi sempena nama pembaca berita yang mak aku tengok masa hendak melahirkan aku tu. Lepas tu,dah 5 tahun, aku masuk tadika yang tak berapa ‘kemas’. Tadikaku itu hanya selang 2 buah rumah dari rumah nenekku.Aku selalu membuat alasan sakit perut, pening kepala dan macam-macam lagi untuk tidak bersekolah, lepas tu pergi ke rumah nenek. Nenek telefon ayah, pastu balik rumah. Kecik-kecik dah pandai menipu! Kalau pergi tadika pun, mak kena teman, aku mesti minum susu dalam botolku sambil baring di riba ibuku. Persis seorang puteri! Akhirnya, ayah dan ibuku mulai bosan aku bersikap sebegitu jadi aku tidak belajar di tadika itu lagi.Hanya 5 bulan rasanya. Selepas itu, aku belajar di rumah sahaja melalui CD. Tiap pagi, aku kena duduk menghadap CD tersebut. Berkesan! Memang masuk dalam otak aku. Aku masih ingat lagi suasana dalam CD tersebut. Aku begitu terpegun dengan tadika tersebut, aku membayangkan aku di tadika tersebut.Memang mengasyikkan aku hinggakan aku bercita-cita ingin menjadi seorang guru pada masa itu. Kanak-kanak! Imaginasi katanya. Tapi, alahai, tadika sebegitu rupa ada di Singapura sahaja. Tapi, tidak mengapa. Masa itu, mana aku tahu Singapura itu apa, Malaysia itu apa, Sarawak itu apa. Itu hanya nama asing bagiku. Kanak-kanak!

Sesudah umur lima tahun, masuk umur enam tahun dan aku bersekolah di Pra Sekolah SK Abang Leman Kabong. Ya, Kabong, kampung halamanku. Itu pun masih menjadi satu beban bagiku.Hari pertama bersekolah, belum masuk pagar lagi, aku sudah meronta-ronta ingin pulang. Ingin menonton CD itu lagi. Boleh ibu? Tidak! Aku dikaburi dengan kotak mainan yang banyak. Semestinya, ibuku sudah menyediakan senjatanya sendiri. Mulanya, aku termakan senjata itu, tapi tatkala ibuku ingin pulang, aku menangis sekuat hatiku. Akhirnya,aku pulang ke rumah semula.Belum tamat sekolah lagi ya.Lepas tu, terpaksa mak cikku bekerja di sana sebagai tukang masak memandangkan ada kerja kosong. Alhamdulillah. Rezeki mak cikku.Untung aku.Sekurang-kurangnya ada orang yang kukenal dekat bersamaku.Kalau rindu ibuku, aku toleh ke belakang tengok mak cikku ada di situ atau tidak.Ya dia di situ tengah memasak untuk aku dan kawan baruku. Aku mula bergaul dan menyesuaikan diriku dengan kawan-kawan dan sekolahku itu.

 Aku masih ingat ada seorang kanak-kanak perempuan yang begitu cantik di dalam kelas kami. Kulitnya putih, gebu, rambutnya yang coklat kehitaman, memang bak seorang puteri kayangan dari London. Nama dia Ezra. Masih ingat ku nama itu. Seorang rakan lelaki ku jatuh hati padanya. Namanya Khairul. Kami sentiasa mengolok-olokkan Khairul dengan Ezra. Alahai kecik-kecik dah pandai berdrama cinta.Opps.Salah. Berdrama Suka dalam tema kanak-kanak ya.Jangan salah anggap.Hari seperti biasa, rinduku pada ibu bapaku di rumah kian berkurang.Aku selalu menunggu mak cikku menghabiskan tugasnya di dapur, cuci longkang dan segala-galanya pasal kelasku itu.Dalam kelasku itu ada katil untuk kanak-kanak yang sakit. Aku agak kerap bermain doktor dan pesakit dengan kawanku. Dia anak cikgu. Sementara tunggu ibunya habis mengajar.Kami juga pernah berlakon menjadi guru dan murid-murid.Seronok sungguh masa itu. Aku boleh jadi apa sahaja.Kanak-kanak! Pernah satu kejadian, ketika kami bergembira sakan bermain di taman permainan di hadapan tadikaku itu, seorang kanak-kanak lelaki yang jiran selang beribu buah rumah dari rumahku dan merangkap juga gelaran sepupuku telah membaling sebuah bata yang berukuran kecil kearah kepala puteri kayangan dari London itu tadi.Kami yang lain semua terkejut.Kepalanya berlumuran darah.Mujur ayahnya sudah datang hendak mengambilnya.Kami semua mendiamkan diri.Dan sejak itu juga,kami tidak lagi bercakap dengan Ezra dan bermain di taman itu.Taman itu ada tragedi kami.Aku pun tidak tahu kenapa dia membaling bata itu kearah Ezra.Mungkin bata itu merupakan hatinya yang dia ingin beri kepada Ezra.Mungkin?Kanak-kanak! 

Pada hujung tahunnya,aku mendapat satu anugerah kanak-kanak  di prasekolah tu Aku pun tidak tahu apa anugerah itu, bila masa kami ujian.Yang aku tahu aku dapat hadiah.Naik pentas, ambik hadiah ,dapat  sebungkus makanan pastu balik rumah.Itu sahaja.Itupun aku tidak tahu untuk apa anugerah itu.Kanak-kanak!



Comments

Popular posts from this blog

Interview

Throwback Jaulah Miri Sarawak-Sabah 2016

Cinta