Baiklah, aku ceritakan perjalanan hidup aku setakat ini, setakat aku masih bernafas tika ini. Aku lahir pada 6 Jun 1997 di Hospital Daerah Saratok.Namaku , Atikah , diberi sempena nama pembaca berita yang mak aku tengok masa hendak melahirkan aku tu. Lepas tu,dah 5 tahun, aku masuk tadika yang tak berapa ‘kemas’. Tadikaku itu hanya selang 2 buah rumah dari rumah nenekku.Aku selalu membuat alasan sakit perut, pening kepala dan macam-macam lagi untuk tidak bersekolah, lepas tu pergi ke rumah nenek. Nenek telefon ayah, pastu balik rumah. Kecik-kecik dah pandai menipu! Kalau pergi tadika pun, mak kena teman, aku mesti minum susu dalam botolku sambil baring di riba ibuku. Persis seorang puteri! Akhirnya, ayah dan ibuku mulai bosan aku bersikap sebegitu jadi aku tidak belajar di tadika itu lagi.Hanya 5 bulan rasanya. Selepas itu, aku belajar di rumah sahaja melalui CD. Tiap pagi, aku kena duduk menghadap CD tersebut. Berkesan! Memang masuk dalam otak aku. Aku masih ingat lagi suasana d...
Comments
Post a Comment
Thank you for your comment ^_^