Saya Budak Baru Belajar 3 : Suratan Akhirku

   
Memang benar cinta itu buta.Tetapi bagi sahabatku dan aku lain sekali.Kami berdua sentiasa mencintai orang yang sama.Setiap kali aku mencintai seseorang itu,sahabatku juga menaruh kasih terhadapnya.Begitu juga sebaliknya.

     Namun,aku akan mengundur diri dari kisah cinta tiga pihak ini.Biarlah dia meniti titian bahagia itu bersama orang yang kutaruh kasih padanya.Aku lebih rela kehilangan kasih daripada kehilangan seorang sahabat dunia akhirat.Aku akan sentiasa menadah tangan untuk kebahagiaanmu.Usah bimbang sahabatku.Jika itu sudah takdir untuk kau dan dia,aku redha.Cinta itu tidak pernah pupus dari muka bumi ini kan?Hanya satu yang kuingin ucapkan padamu,ingatlah,jadilah isteri yang solehah dan patuhlah kepada suamimu.Sesungguhnya syurga bagi seorang isteri berada di bawah telapak kaki suamimu.
   
     Mungkin,selepas ini aku sudah tidak lagi menjengah ke teratak bahagiamu itu.Bukannya aku tak sudi mahupun membawa diri,tetapi Allah lebih menyayangiku.Di saat aku mencoret suratan terakhirku ini,aku sedang bertarung nyawa antara hidup dan mati.Aku ingin melihatmu melahirkan zuriat yang soleh-solehah dan sihat-sihat belaka.Ingat,jangan jadi seperti aku ini yang semakin dimamah penyakit.

     Dalam masa ini,tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk aku menikmati manisnya kehidupanku ini.Aku berharap engkau mampu menjaga dan membahagiakan suamimu.Hanya dirimu yang ku harapkan.Doakan aku agar sentiasa bersama dalam golongan yang beriman.Ziarahilah pusaraku nanti.Bawalah ahli keluarga barumu bersamamu.Sampaikan salamku padanya.Aku berharap engkau akan merahsiakan kisahku daripadanya,suamimu.
 
     Aku ingin engkau mencetak diariku ini sebagai sebuah novel yang pertama untukmu.Aku ingin engkau gunakan namamu sebagai pencoretnya.Aku ingin engkau melakukan sedemikian kerana aku tidak mahu dia tahu akan kisah hidupku.Aku tahu engkau ingin menjadi sebuah novelis bukan?Mulakanlah cita-citamu dengan mencetak diariku ini.

     Aku rasa sudah tidak terdaya lagi untuk mencoretkan garisan-garisan akhir hidupku.Oh ya,esok aku akan menjalani pembedahan.Aku dapat merasakan bahawa pembedahan itu akan gagal.Bukannya aku mengharapkan ia akan gagal,namun ini sebagai persediaanku sahaja.Siapa tahu esok aku sudah tiada lagi.Oleh sebab itulah aku cuba untuk menulis surat ini walaupun sakit kian menjalar di tanganku ini.Suratku ini kunamakan suratan akhirku.Mungkin ini sahaja yang dapat aku coretkan.Aku akan sentiasa berdoa untuk kebahagiaanmu dan keluarga barumu itu.Amin.


                                                                                                     Yang ikhlas,
                                                                                                       Alina

Comments

Popular posts from this blog

Interview

Throwback Jaulah Miri Sarawak-Sabah 2016

Cinta