Interview

Assalamualaikum dan selamat tengah malam youalllss..Hari ni sy nak share skit mengenai topik kita hari ni "Pengalaman".Sharing is caring kann.Ni smua cerita pasal temuduga aka interview.Kita nak share experiences je lah ye.Takut nanti tips yg sy bg melalut pulak drpd yg betol.Entry ni bertujuan nak share sket suasana masa interview,apa common questions dia,taknak bg culture shock sgat kpd yg bakal iv nanti.Results drpd interview ni blom dpt lg.

1)Temuduga Biasiswa Presiden MSU




Interview MSU ni tak brapa formal sbb dia adakan kat sekolah and before trial SPM xsilap.So,a lil bit experience la.First-first tu,kitorang memang lewat tau pasal iv ni and taktau ape bnda pn pasal bnda MSU,So,watlek watpeace je lah dtg iv.Yg kali ni,group interview.5 org skaligus and ada 2 penilai kat depan.Yg lain tu,tunggu lah kat kelas lain sambil buat homework ke baca novel ke.Kbanyakannya yg dia tanya masa tu pasal MSU lah.Dpat tau dr mana MSU ni?Tau course ape tak kat MSU ni?Nak promote skit MSU ni.Lupa bagitau,MSU ni stands for Management and Science University.Bahasa yg diorang guna tu mula-mula memang speaking tp dh nk habis interview tu,dia mai cakap guna bm.so,kitorang mai bm jugaklah.

2)Temuduga Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional Berhad Pengambilan Sabah Sarawak



Next,biasiswa TNB.Yg kali ni dia terhad kpd students sabah sarawak.Venue dia kt Riverside Majestic Hotel.Selepas kitorang sahkan kehadiran,receptionist tu bg a piece of paper with questions+ nombor giliran.Soalan pemahaman  and kena jawab.Sbb kbanyakan questions kat paper tu yg akan dia tanya masa kita interview nanti.So,take note questions tu.This year,untung sket sbb biasanya dia buat group interview,tp yg kali ni individual interview.Sbb org sikit kot.And ya,jgn lupa jugak bawa sijil-sijil yg ori ye.Ni contoh soalan yg disoal kt sy masa tu lah.

1)Introduce yourself
2)Pastu,penilai belek-belek sijil koko kita then tanya something related pasal sijil koko tu.
3)Apa yg kita pernah join kat sekolah.
4)Nak ambik course apa and why?
5)Sapa yg inspire untuk kita ambik course tu.
6)Tau tak TNB?Ceritakan sket.
7)THIS!Dia tengok jawapan yg kita bg kat soalan pemahaman tadi and tanya something related about your answers.
8)Apa sumbangan yg kita blh bg kat diorang nanti.
9)Apa yg sy akan lakukan jika sy tak dpt scholarship tu.

Awak sorang and then kat depan awak ada 4 org panel penilai.

3)Temuduga Biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera(Tunas Potensi)



Interview yg ni lain sket.Dia bnyk procedure and pasal documents diorang strict.Tp interviewer dia friendly.

1)Documents verrification + Interview

Time ni dia akan check sgala document kita and tanya beberapa soalan mengenai dokumen kita tu.Contoh mcm penglibatan koko,slip spm, ayah kja apa,abg masih study ke and so on.Pasal documents memang strict,dia belek satu-satu dokumen kita tu.Yg best dia pasal interview ni,diorang tanggung smua elaun perjalanan kita.Bagi je bank account nanti diorang bank in kan duit perjalanan.Interview yg first ni dia tak formal sgat tp awak kena take serious jugak.Try je speaking english lantaklah awak broken english ke grammar tunggang langgang ke,sbb diorang nk tengok effort kita utk bercakap dlm english.

2)English essay + English Profficiency Test + Ujian Personaliti Kerjaya

Pasal essay dia takde masa and minimum 100 words tp awak kena bg essay tu bfore awak balik,Contoh soalan :

a) What does success mean to you?What motivates you to achieve success?
b)Time


Untuk English Profficiency Test,awak akan dibagi questions paper and jwb dlm masa yg ditetapkan.Dia ada 3 parts and stiap part tu  ada sebuah teks.Soalan dia pulak berdasarkan text tu.Tak susah tapi kena teliti and cepat baca text tu.Actually,diorang nak tengok awak ni paham ke tak English sbb nanti masa u kan  lecturer ada yg ajar pakai english.Soalan dia mcm isi tempat kosong,true or false.

Untuk Ujian Personaliti Kerjaya ni,mesti ada gak yg prnah experience kan masa kat sekolah dulu.Dia seriously simple and easy,jwb dlm kertas omr je.Tanya pasal minat and nama pekerjaan.Awak bulat dan hitamkan je.

3)Interview session

Haaa.Yg ni part highlight.Interviewer tu wajibkan sy speak in english.Dia cakap tak kisah pn broken ke grammar tak btol ke janji effort nak speaking tu ade.Contoh soalan:

a)Apa achievement yg paling bermakna yg kita prnah join and why?
b)Your strengths and weaknesses
c)Kalau pasal weaknesses,kenapa kita lemah tu and ada buat something tak utk improve?
d)Kalau pasal strengths,dia tanya betol ke tak.
e)Apa plan lepas ni
f)Course apa
g)Awak rasa awak dapat tak biasiswa ni?

Tu je kot soalan dia sbb masa tu sy tak ingat pape dah main jawabbbb je soalan dia.Hahah.Ni nak share sket.Pasal soalan strength tu,sy cakap lah sy ni friendly,pastu dia tanya sy "is it self-proclaimed or true?".Dan sy tanpa segan silu trus menjawab dgan confident."It is true!" Interviewer tu pun ketawa tersengih-sengih.THE END.hahah.Tapi sy enjoy interview kali ni,sbb interviewer dia sempoi habis.

4)Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)


UKCG ni baru je sy attend.Pd haritu sy serba hitam,a lady in black.sampai sana,ladies in black pulak.nasib baik lelaki pakai putih kalau tak macam berkabung lah kita.

a)Ujian Bertulis
Ujian ni dia 195 questions in 45 minutes.Jawab dlm omr.Soalan dia more to psychology but don't take it lightly.Ni penting jugak,jgn ambik mudah.Ada 2 bhgn.Bhgn 1 ada jwpn A dan B je.Bhgn 2 ada jwpn A,B,C,D.

A(Sangat Tidak Benar)
B(Tidak Benar)
C(Benar)
D(Sangat benar)

So,pilihlah yg terbaik.Kalau ade masa,check balik jawapan.Kotkot ada yg tertinggal ke salah baca soalan ke.

b)Ujian Fizikal

Fuhhh.Ujian ni yg paling menyeksakan bagi org yang sdh lama tak bersenam mcm sy.Sakit kaki ni sampai sekarang woo.Hahah.Sy listkan aktiviti dia.

a)BMI = Ukur tinggi dan berat

b)Kilas sisi
= Berdiri dgn selesa--> Capai lantai guna tangan tanpa membengkokkan lutut-->bangun and hadap belakang-->Kasi high five dua belah tangan dengan dinding

c)Bangkit tubi bervariasi = ada 5 jenis bangkit tubi

d)Lompat kuadran = yg main lompat dlm petak tu,mcm ujian segak masa sklh.

e)Bleep test
=Yang ni plg memnatkan.Yg ni main lari-lari.Sy pn tak tahu berapa kali sy pusing ulang-alik and yg pasti sampai level 3.3 je.Hahah.Terok giler wei stamina sy ni.Menyesal tak sudah..

Selesai sudah sharing session kita pd masa ni.Kalau ada apa-apa pertanyaan bolehla comment kt bawah ke,twitter ke,fb ke,insta ke.Apa-apa medium lah.Sy sedia membantu.Tu je lah dulu ye.Katil dah habak mai dahh.Goodnight.Gracias!




Comments

Popular posts from this blog

Throwback Jaulah Miri Sarawak-Sabah 2016

Cinta