Posts

CNY Holiday

Image
#kisah nak cuti Tahun Baru Cina awal tahun dulu# CNY Holiday! Yeay. Nak balik. Nak balik. Sabak sat. Aku dah beli tiket nak balik ke belom? Errmm. Rupa-rupanya aku belom book lagi bila geng budak class lain cakap tiket banyak dah habis. Cuti CNY  kan, confirm semua orang nak balik kampung. Apa lagi, aku dengan sorang member ni straight pergi ke terminal bas nak beli tiket. Terminal bas? *Bukan ko selalu pakai ‘belon’ ke?* Haish. Tiket nak balik CNY ni mahal gilos. RM200+! Separuh daripada elaun setiap bulan aku tu. Tambah-tambah lagi zaman poket kering ni, makan Maggi jo jawabnye. Tulah pakai bas nak balik kampung. Alhamdulillah dah pi terminal bas beli tiket balik kampung 60 hengget tambah lagi tambang van pergi sana 15 hengget. Menanges aku. Dahlah hari sebelumnya aku terpaksa menebal muka dok mintak dengan ayah RM100 sebab nak beli tiket balik. Takut gilo nak mintak duit dengan mak ayah, bukannya diorang susah nak kasi tapi aku tak biasa nak minta dengan diorang. Sa...

Aku Budak Sekolah Rendah (Part 2)

Image
Sesudah itu, aku masuk ke alam darjah satu. Semestinya pakaian masa ni lebih formal. Aku berkenalan dengan kawan-kawanku yang lain sama seperti waktu aku di prasekolah dulu. Aku belajar seperti biasa malahan semakin aktif! Aku semakin minat dan jatuh cinta pada ilmu! *ayat je exaggerating lebih* Darjah satu, darjah dua, darjah tiga. Aku masih ingat seorang guru aku ini.Garang! Kami mesti hafal sifir yang diberi! Mesti ko heran and rasa ‘hafal sifir je pun’ . Tapi, sifir tu lah musuh utama masa sekolah rendah, nak hafal kira bagai, menyusahkan! *tapi benda tu lah yang buat aku ambik course Matematik sekarang ni.Terima kasih cikgu!* Hari ini bagi sifir 2 contohnya, pagi esok ada kuiz tanya pasal sifir dua tu! Ada satu buku itu memang khasnya untuk menghafal sifir itu. Aku tidak ingat lagi apa namanya. Sesiapa yang tak hafal, faham-faham jelah. Rotan kayu tebal lah jawabnye. Pap! Tapi, Alhamdulillah, masa tu aku minat Matematik. Kuranglah juga kena hukuman rotan tu. Kadang-kadang den...

Aku Budak Sekolah Rendah (Part 1)

Image
Baiklah, aku ceritakan perjalanan hidup aku setakat ini, setakat aku masih bernafas tika ini. Aku lahir pada 6 Jun 1997 di Hospital Daerah Saratok.Namaku , Atikah ,  diberi sempena nama pembaca berita yang mak aku tengok masa hendak melahirkan aku tu. Lepas tu,dah 5 tahun, aku masuk tadika yang tak berapa ‘kemas’. Tadikaku itu hanya selang 2 buah rumah dari rumah nenekku.Aku selalu membuat alasan sakit perut, pening kepala dan macam-macam lagi untuk tidak bersekolah, lepas tu pergi ke rumah nenek. Nenek telefon ayah, pastu balik rumah. Kecik-kecik dah pandai menipu! Kalau pergi tadika pun, mak kena teman, aku mesti minum susu dalam botolku sambil baring di riba ibuku. Persis seorang puteri! Akhirnya, ayah dan ibuku mulai bosan aku bersikap sebegitu jadi aku tidak belajar di tadika itu lagi.Hanya 5 bulan rasanya. Selepas itu, aku belajar di rumah sahaja melalui CD. Tiap pagi, aku kena duduk menghadap CD tersebut. Berkesan! Memang masuk dalam otak aku. Aku masih ingat lagi suasana d...

Gardenia

Image
“Bang, anak you nak makan roti Gardenia lahhh” Sya mengusap-ngusap perutnya yang  memboyot itu. “Mana abang nak cari roti Gardenia kat Sarawak ni yang oi. Roti Uniquebun adala. Yang nak roti Uniquebun? Perisa apa?” Afiq meyakinkan isterinya itu. ‘Alahai, janganlah bini aku ni mengidam roti Gardenia pulak. Manalah aku nak cari ni’ debar hati Harith. “Sayang tak nak! Sayang nak roti Gardenia jugak! Nak flavour vanilla. Cepatla banggg. Takkan abang tak sayang bini abang ni kot”. ‘Dia dah mai dah main sayang tak sayang ni. Terpaksa jugakla aku cari ni’ “Jap sayang. Abang nak gi seven eleven jap. Nak tengok ada ke tak.” Afiq bergegas mengambil kunci kereta dan bergerak keluar dari rumah. Afiq membelokkan keretanya ke kanan setelah lampu trafik bertukar hijau. ’Aku nak check kt seven eleven jap ada ke tak.Harapla ada yang oi’. Dia pun memberhentikan keretanya di hadapan sebuah kedai makan 24 jam yang bersebelahan dengan kedai seven eleven itu.Buka sahaja pintu keretanya, bau nas...

Cinta

Image
Manusia punya rasa untuk mencinta dan dicinta, Cinta kepada penciptaNya, Cinta kepada makhlukNya, Cinta kepada alamNya, Mungkin ada cinta yang yang luar biasa, Daripada cintanya yang tiga, Itu pilihan kita sebagai manusia, Tapi siapa kita untuk tidak cinta padaNya? Dia yang ciptakan kita, Dia yang hidupkan kita, Dia yang sayangkan kita,

Terminal Bas

Aku duduk keseorangan di dalam bas sementara menunggu bas untuk bergerak pergi ke perhentian seterusnya. Aku lihat pelbagai ragam manusia lalu-lalang membawa barang kepunyaan masing-masing.Ada pasangan suami isteri, sekeluarga dan ada juga yang bergerak solo. Aku mengalaskan perutku dengan bergedil dan karipap yang kubeli di IPG tadi. Kutoleh ke kiri lantas aku melihat seorang ibu dan anaknya yang ku anggarkan berusia 5 hingga ke 6 tahun.Anaknya menggalas sebuah beg yang kurasakan jikalau aku yang menggalasnya,mau tidak rapuh tulangku ini.Apakan lagi kanak-kanak sekecil itu.Kulihat ibunya membawa beg tangan sahaja sambil mengarah-arahkan anaknya itu.Siapa dia?Apa pangkat dia?Permaisuri? Memandangkan bas akan bergerak dalam masa lima belas minit lagi, aku pun turun dari bas dan menuju ke tandas.Dalam perjalanan aku ke dalam bas semula, aku lihat seorang pemandu bas yang agak marah, sebab apa pun aku tidak tahu.Pemandu bas itu masuk ke ruang pemandu sambil bermain dengan enjin b...

Tips ke Legoland!

Image
Assalamualaikum uolls.Harini, sy nak share sket tips kalo sesape nak prgi ke Legoland ni.Legoland ni kat mana?Tau kat Johor tp kat mana?Haa.Ni alamat full dia.Boleh google map kasi show jalan ye. 7, Jalan Legoland, Bandar Medini,, 79250 Nusajaya, Johor, Malaysia First of all, sila bawak siap2 baju hujan or beli baju hujan kat luar sebab who knows kan tang tiba je hujan dok turun, kan basah dah.Kalo nak beli baju hujan kat dalam legoland tu pon boleh tapi hmm tau tau je lah harga dia mcm mana nanti. Second, bawak siap-siap bekalan makanan , snack ke air kotak ke.Korang confirm lapar dalam tu!Letih giler wei jalan-jalan dalam legoland tuh.Tapi buat yg malas nak bawak banyak sangat beg masok legoland kan, boleh je beli makanan kat dalam tu, tapi seperti yang sy cakap kat atas tadi tu,harga harga.Tapi, makanan dia sedap gak ar berbaloi kiranya walaupun mahal. Third, bawak botol air , mcm yg atas tadi.Confirm haus lapar semua ada.Jalan dari ke utara ke salatan ...