Terminal Bas

Aku duduk keseorangan di dalam bas sementara menunggu bas untuk bergerak pergi ke perhentian seterusnya.

Aku lihat pelbagai ragam manusia lalu-lalang membawa barang kepunyaan masing-masing.Ada pasangan suami isteri, sekeluarga dan ada juga yang bergerak solo.

Aku mengalaskan perutku dengan bergedil dan karipap yang kubeli di IPG tadi.

Kutoleh ke kiri lantas aku melihat seorang ibu dan anaknya yang ku anggarkan berusia 5 hingga ke 6 tahun.Anaknya menggalas sebuah beg yang kurasakan jikalau aku yang menggalasnya,mau tidak rapuh tulangku ini.Apakan lagi kanak-kanak sekecil itu.Kulihat ibunya membawa beg tangan sahaja sambil mengarah-arahkan anaknya itu.Siapa dia?Apa pangkat dia?Permaisuri?


Memandangkan bas akan bergerak dalam masa lima belas minit lagi, aku pun turun dari bas dan menuju ke tandas.Dalam perjalanan aku ke dalam bas semula, aku lihat seorang pemandu bas yang agak marah, sebab apa pun aku tidak tahu.Pemandu bas itu masuk ke ruang pemandu sambil bermain dengan enjin bas tersebut dan menghentak stering bas itu.Jikalau aku penumpang bas itu, sudah lama aku naik gerun.Mau tidaknya, emosinya masih tidak stabil dah nak bawa bas yang penuh dengan penumpang.

Aku kembali ke tempat dudukku dan bas bergerak semula menuju ke perhentian seterusnya.

Aku membuang pandanganku ke luar tingkap lantas memikirkan apa yang baru sahaja aku lihat tadi.

Nilai prihatin.

Kawalan emosi.

Manusia oh manusia.
Tidak kupinta engkau menjadi sempurna
Tapi tidakkah engkau ingin merebut kebaikan dunia
Untuk kaubawa ke akhirat sana?


(9/2/2016 , 12:11am)

Comments

Popular posts from this blog

Interview

Flying Colours

Cinta